11/11/2009 5:03pm
KOTA BHARU 11 Nov. — Banjir di Kelantan beransur surut dengan 1,094 orang mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan, kesemuanya di Jajahan Tumpat, manakala air di beberapa sungai utama semakin surut.
Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 1,441 orang semalam.
"Sehingga 3 petang tadi, paras air di semua tempat menyukat banjir berada di bawah paras amaran bahaya dan air semakin surut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, semua jalan yang ditutup akibat ditenggelami air sejak beberapa hari lepas kini dibuka semula kepada semua lalulintas.
Tengah hari tadi, cuaca di negeri ini panas walaupun terdapat hujan renyai-renyai.
Ketika keadaan banjir memuncak beberapa hari lepas, seramai 4,133 mangsa dipindahkan ke tempat selamat di Rantau Panjang, Tumpat, Pengkalan Kubor, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. Dua orang dilaporkan lemas. - Bernama
SOulMache mengucapkan takziah kepada mangsa banjir di Kelantan khususnya dan negeri2 lain amnya. Harapan kami semoga Allah meringankan beban kita di masa-masa darurat seperti begini. Amin.. bersama-sama kita bacakan Al-Fatihah kepada mangsa yang lemas.