Assalamualaikum dan Selamat Datang

SOul Mache mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Tujuan SOul Mache hanyalah untuk merapatkan hubungan dan mengeratkan tali silaraturrahim di antara ahli-ahli yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Maaf di pinta jika tersalah bahasa dan gembiranya SOul Mache jika anda mendaftar sebagai ahli.

Terima kasih daun keladi..

Isnin, Disember 21, 2009

penangguhan majlis makan-makan

salam..dukacita dimaklumkan majlis makan2 akan ditunda kesatu tarikh yg akan diberitahu kelak..harap maklum..tk

Selasa, Disember 15, 2009

majlis make-make

salam sain2..kami di SOul Mache ingin mengajak sain2 utk majlis make2 di restoran nasi kerabu keramat, taman sri rampai setapak wangsa maju belake HSL Electrical pada 25hb dis 2009 jam 8 malam, bayaran akan dikenakan rm10..berminat sila hubungi bezza 0122188646, zamri 0126294023, pok kat 0123695199, koji 0132385555, zunnu 0122167181, zaki 0192829897, yadi 0122706204..terima kasih

Isnin, Disember 07, 2009

Ucapan Takziah

Salam..kami di SOul Mache mengucapkan takziah kepada keluarga kawan kito..Pok Kat atas pemergian kakak beliau ke Rahmatullah..Al-Fatihah..

Isnin, November 30, 2009

Banner Selamat Hari Raya Aidil Adha



Salam..sekali lagi Banner Soul Mache dapat kito bentang kat bandar mache kito, terimo kasih kpd Ir Muliady Che Hamat atah sumbangan beliau..semoga kita dapat ramai lagi individu2 yang ingin menyumbang agar SOul Mache terus berkembang..terima kasih jugo kpd warga kerja dlm SOul Mache..jugo kpd Koji atah idea beliau..terima kasih

Sabtu, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

salam semo, kami di SOul Mache ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha, kepada yang balik berhari raya, berhati-hati di jalan raya, sekali lagi kami ucapkan selamat hari raya kepada semo warga kelate terutama warga Mache..

Isnin, November 16, 2009

futsal








salam semuo, terima kasih ko sain2 atah kehadiran pada hari sabtu...InsyaAllah kito di SOul akan menganjurkan banyak lagi xtvt..tk

Jumaat, November 13, 2009

alamat sport city pj

salam...alamat tempat nok main futsal nanti adalah:-
sportcity lot 5 jalan 13/2 46100 petaling jaya..harap maklum

Futsal

Assalamualaikum sain2, setakat ni ado 2 group nak frenly dgn kito, kelate.net dan bekas pelajar sekoloh sains..harap pok2 SOul Mache dapat paka baju warna merah...

Khamis, November 12, 2009

Mariah kari dari korea - touch my body



Lawok laa.. bengong sungguh ore lidah bebelit nih. Dengar molek.

futsal

salam sain2..mitok pok2 soul mache agar paka baju meroh,,sebab ado pok2 kelate.net nok ajok kito frenly male tu..harap maklum

Banjir di Kelantan beransur surut

11/11/2009 5:03pm

KOTA BHARU 11 Nov. — Banjir di Kelantan beransur surut dengan 1,094 orang mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan, kesemuanya di Jajahan Tumpat, manakala air di beberapa sungai utama semakin surut.

Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 1,441 orang semalam.

"Sehingga 3 petang tadi, paras air di semua tempat menyukat banjir berada di bawah paras amaran bahaya dan air semakin surut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua jalan yang ditutup akibat ditenggelami air sejak beberapa hari lepas kini dibuka semula kepada semua lalulintas.

Tengah hari tadi, cuaca di negeri ini panas walaupun terdapat hujan renyai-renyai.

Ketika keadaan banjir memuncak beberapa hari lepas, seramai 4,133 mangsa dipindahkan ke tempat selamat di Rantau Panjang, Tumpat, Pengkalan Kubor, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. Dua orang dilaporkan lemas. - Bernama


SOulMache mengucapkan takziah kepada mangsa banjir di Kelantan khususnya dan negeri2 lain amnya. Harapan kami semoga Allah meringankan beban kita di masa-masa darurat seperti begini. Amin.. bersama-sama kita bacakan Al-Fatihah kepada mangsa yang lemas.

Rabu, November 11, 2009

ucapan timo kasih ko matjon

salam, sayo bagi pihak SOul Mache ingin mengucapkan jutaan timo kasih ko Fahmy @ matjon atas jaso beliau yang mencari sponsor utk pok2 kito buat bannner maso final hari tu..timo kasih byk2...

Selasa, November 10, 2009

Banner SOul Mache berkibar di Bukit Jalil

Salam semuo...

SOul Mache sungguh berbangga walaupun RED WARRIOR tewas mengejut di Final yg lalu. Walaupun kecewa tetapi Final tempoh hari telah menunjukkan bahawa rakyat kelantan ado semangat hok ore lain takdok di malaysia ini. lihat saja jumlah penyokong .. hampir semuo kusi warna merah.. Hidup Kelate!!

Tidak lupa juga kepada Mesur, Nilam Harmoni S/B di atas sokongan kepada SOul Mache sehingga adanya banner SOul Mache berkibar di dalam Stadium Bukit Jalil.








Futsal di SPORT CITY, sek 14 Petaling Jaya.

Salam semua..

SOul Mache akan menganjurkan futsal pada Sabtu 14/11/09, dari jam 9pm - 11pm di Sport City Petaling Jaya, berhampiran toyota showroom.


Bersamalah kito memeriahkan aktiviti futsal ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

Khamis, November 05, 2009

Sesi makan with Red Kijang - part 2


Interview Indra.. perut kenyang kecek tok kuar gosatu..



Sesi makan bersama management Red Kijang di Ayam Kampung Hassan - Cheras


Bezza dengan Tan Sri..


makan sambil tunduk palo.. lapar ko?



Penyerang biso kito.. Indra.

Hashim..

Hj. Zainal pun paka baju meroh..

bersama player2 lain..

Farhan lepah kenyang..


Sesi bui cenderamata..

Coach kito B.Sathianathan.. dio royat buleh menang.. mache royat doh dulu lagi..

Rabu, November 04, 2009

banner SOul Mache



Banner untuk set kito masa final nnt.  Kalu ado pendapat sila komen?

Selasa, November 03, 2009

futsal

salam...atah sebab klate masuk final, jadual main futsal hok sepatutnya kito set nok main pada hari rabu ni,,,akan ditukar ko rabu minggu depae pukul 10-12 malam...tepak akan diberitahu kemudian..terima kasih..

penaja banner utk final piala malaysia

salam....saya mengucapkan ribuan timo kasih ko Mesur..syarikat dio namo Nilam Harmoni Sdn Bhd...atah penajaan banner kita...moga2 pok2 kito buleh kupul di banner tepat kito nak gatung banner tu nati....sekali lagi timo kasih ko Mesur

Ahad, November 01, 2009

Syabas Kelantan - Final Piala Malaysia


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain2, pengurus, jurulatih dan sesiapa jua yang terlibat menjayakan pasukan Kelantan hingga ke final piala malaysia. insya Allah Kelantan akan berjaya menumbangkan negeri 9 dlm final minggu depan sekaligus berjaya membawa pulang piala malaysia ke negeri cik siti wan kembang ini... hopefully takde first team yg injured and our hero Indra perform 100%.

Kita jumpa di Bukit Jalil!!!

Dengar2 nnt ada banner.. bagus tu. Semangat sikit rasanya. Jgn main mercun yer.. nnt putus jari...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Duit Raya

Gambar Sekolah


Pintu depan sekolah...

Tugu ..

Nulli Secundus..

Apa ni?? ada dalam sekolah.. ada idea?

CHOIR SMK HAMZAH

SMK HAMZAH Machang (TheBackBoneCHOIR) Year Of 2009..


Teringat ko sekolah.

Khamis, Oktober 29, 2009

Aktiviti untuk Nulli Secundus

Salam kepada kawan2 semua..

Terima kasih di atas sambutan yang diberikan. Harapan Nulli Secundus Club adalah untuk meramaikan lagi ahli-ahli yang terlibat dan penglibatan bukan hanya sebagai pemerhati tetapi bertindak sebagai penggerak supaya Nulli Secundus Club dapat berdiri dengan sendiri pada suatu masa nanti.

Disebabkan ini, terdapat beberapa perancangan untuk jangka pendek dan juga jangka panjang untuk kita semua. Oleh itu, sebarang cadangan dan pendapat dari anda semua amatlah dihargai.

Sebagai contoh, idea untuk membuat "car sticker" amat bernas. Namun, perancangan tersebut perlu diteliti terlebih dahulu memandangkan bilangan ahli dan juga kos belum dapat dipastikan lagi. Walaubagaimanapun, Nulli Secundus Club akan membuat beberapa lakaran "car sticker" untuk tatapan dan persetujuan ahli sebagai rancangan pendahuluan.

Terima Kasih

Rabu, Oktober 28, 2009

WELCOME TO NULLI SECUNDUS CLUB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terimakasih kerana sudi melayari blog Nulli Secundus Club ini. Seribu penghargaan kepada yang terlibat dalam perlaksanaan sehingga terbentuknya Club Nulli Secundus ini. Di harap, dengan adanya Club Nulli Secundus ini maka dapatlah kita bersama-sama berkongsi pengalaman dan pendapat terhadap isu-isu yang hendak kita ketengahkan.

Walaubagaimanapun, tujuan utama Club Nulli Secundus ini adalah untuk merapatkan dan mengeratkan hubungan tali silaraturrahim di antara kita semua.

Terima Kasih.