Assalamualaikum dan Selamat Datang

SOul Mache mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Tujuan SOul Mache hanyalah untuk merapatkan hubungan dan mengeratkan tali silaraturrahim di antara ahli-ahli yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Maaf di pinta jika tersalah bahasa dan gembiranya SOul Mache jika anda mendaftar sebagai ahli.

Terima kasih daun keladi..

Khamis, Oktober 29, 2009

Aktiviti untuk Nulli Secundus

Salam kepada kawan2 semua..

Terima kasih di atas sambutan yang diberikan. Harapan Nulli Secundus Club adalah untuk meramaikan lagi ahli-ahli yang terlibat dan penglibatan bukan hanya sebagai pemerhati tetapi bertindak sebagai penggerak supaya Nulli Secundus Club dapat berdiri dengan sendiri pada suatu masa nanti.

Disebabkan ini, terdapat beberapa perancangan untuk jangka pendek dan juga jangka panjang untuk kita semua. Oleh itu, sebarang cadangan dan pendapat dari anda semua amatlah dihargai.

Sebagai contoh, idea untuk membuat "car sticker" amat bernas. Namun, perancangan tersebut perlu diteliti terlebih dahulu memandangkan bilangan ahli dan juga kos belum dapat dipastikan lagi. Walaubagaimanapun, Nulli Secundus Club akan membuat beberapa lakaran "car sticker" untuk tatapan dan persetujuan ahli sebagai rancangan pendahuluan.

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan